Wednesday, November 06, 2024
   
Text Size

Projek Casa Harapan

Casa Harapan

Rumah Perlindungan, Penjagaan dan Rawatan Kanak-Kanak dan Wanita  
yang  terkesan oleh permasalahan dadah dan HIV/AIDS DiC Malaysia Pahang

Rumah ini telah dibuka oleh DiC Malaysia Pahang sejak tahun 2008 dan ketika ini ianya dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Majlis AIDS Malaysia. 
Pada masa ini rumah ini boleh memuatkan 40 orang residen pada satu-satu masa. 

OBJEKTIF
  • Menyediakan tempat/rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang terjejas/terkesan dengan permasalahan dadah dan HIV/AIDS.
  • Meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma berkaitan HIV/AIDS dengan meningkatkan akses kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Rumah Perlindungan.
  • Meningkatkan keyakinan dan harga diri melalui aktiviti kaunseling rakan sebaya/ sokongan dan memberi peluang kepada penghuni memperbaiki taraf kehidupannya melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.
  • Menyediakan satu tempat dimana klien boleh memperbaiki kualiti kehidupannya.
  • Menyediakan perkhidmatan untuk wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan terkesan dengan HIV/AIDS.
RASIONAL PROJEK
  • Wanita dan kanak-kanak lebih terdedah dengan HIV/AIDS kerana pasangan mereka IDU dan ibu-bapa mereka HIV positif.
  • Rumah perlindungan yang khusus untuk kumpulan sasar ini amat terhad/tiada di Negeri Pahang.
  • Statistik oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan wanita lebih mudarat dari lelaki kerana tempat untuk mereka akses kepada penjagaan kesihatan, rawatan, khidmat sokongan dan latihan kemahiran adalah terhad.
  • Statistik oleh Kementerian Kesihatan dari Januari ke Jun 2009 menunjukkan kadar jangkitan baru dikalangan wanita dan surirumahtangga di Pahang adalah yang ke-3 tertinggi di Malaysia.
  • Statistik oleh Kementerian Kesihatan dari Januari ke Jun 2009 menunjukkan kadar jangkitan baru dikalangan surirumah adi Pahang dalah yang ke-3 tertinggi di  Malaysia.
  • Isu stigma dan diskriminasi terhadap PLHIV wanita adalah isu yang tidak berpenghujung.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  • Penjagaan kesihatan asas.
  • Menyediakan makanan berkhasiat.
  • Menyediakan pendidikan dengan menghantar kanak-kanak ke sekolah dan tuisyen.
  • Sokongan dalam bentuk kaunselling, psikososial dan kerohanian.
  • Penyatuan keluarga.
  • Mematuhi regimen rawatan termasuk penyediaan penghuni untuk rawatan HAART.
  • Pemantauan kepatuhan dan berpegang kepada rawatan HAART.
  • Penyediaan penjagaan yang berterusan melalui satu sistem rujukan kepada pusat kesihatan yang berdekatan.
  • Latihan kemahiran hidup.
  • Kumpulan/kelompok sokongbantu.
  • Menemani penghuni mendapatkan rawatan ke klinik dan hospital.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah/PUJI
LOKASI

A-1868 LORONG TOK SIRA 58
TAMAN TELUK CEMPEDAK
25000 KUANTAN PAHANG

NO TELEFON: 09-5670015
EMAIL: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it