Friday, April 19, 2024
   
Text Size

Mengenai Kami

 

Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (KOMITED Malaysia) atau Drugs intervention Community Malaysia (DiC Malaysia) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar tidak berorientasikan keuntungan ditubuhkan bagi menanggani permasalahan berkaitan penagihan dadah dan HIV/AIDS.

KOMITED Malaysia yang diilhamkan pada tahun 1998, dianggotai dan diterajui oleh bekas-bekas penagih dadah (recovering drug addict) menawarkan kepelbagaian perkhidmatan berkonsepkan model ‘ One Stop Centre ’ dengan pendekatan yang komprehensif (Comprehensive Holistic Approach )

KOMITED Malaysia merupakan penggerak kuasa perintis dalam memperjuangkan dan membina semula identiti serta kehidupan baru penagih dadah. Pergerakan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan serta perubahan ahli ke arah kehidupan sebenar yang lebih produktif .

KOMITED Malaysia mengorak langkah ke arah sebuah organisasi mampan dengan mengembeleng tenaga bekas-bekas penagih dadah dalam memberi perkhidmatan berlandaskan strategi tersusun melalui pengalaman dan pembelajaran.

KOMITED Malaysia menggerakkan kesungguhan penyatuan pemikiran dan komitmen semua lapisan masyarakat dalam merumuskan kerangka baru yang berkesan bagi menangani permasalahan berkaitan penagihan dadah dan HIV / AIDS

 

 

 

 

VISI

Malaysia bebas dari impak negatif penagihan dadah dan HIV/AIDS


MISI

Menjadi organisasi peneraju dalam mengerakkan kesungguhan masyarakat untuk membantu menangani pemasalahan berkaitan penagihan dadah dan HIV / AIDS melalui intervensi pencegahan dan rawatan