Tuesday, April 16, 2024
   
Text Size

Persona Grata Lelaki/Male Drop-in

Persona Grata Lelaki / Pusat Singgah Masuk Lelaki / Male Drop-in Centre


STRATEGI PELAKSANAAN PROJEK SINGGAH MASUK / TEMUSERU

Projek Pusat Singgah Masuk / Temuseru  atau Outreach Drop in Centre ( ODiC ) adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan yang dikendalikan komuniti bagi menjayakan konsep masyarakat prihatin. Ianya bukan saja mampu mengembleng kuasa masyarakat dalam kebersamaan menangani masalah yang kompleks ini tetapi  kebersamaannya dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan , sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal berdasarkan kepakaran masing masing kepada Komuniti Terpinggir di negara ini telah terbukti keberhasilannya.

MATLAMAT

Meningkatkan Kualiti Kehidupan Komuniti Lelaki Terpinggir


OBJEKTIF

  • Memberi satu ruang selamat (safe space) bagi membimbing penagih dadah  dalam menjalani kehidupan normatif serta memberi perkhidmatan asas yang berkaitan dan berterusan.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat yang berterusan kepada mereka yang memerlukan bantuan berkaitan permasalahan penagihan dadah.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan Mesra Pelanggan - ‘ Client Oriented, Caring And Service Friendly to Build The Trust ’
  • Menyediakan perkhidmatan Sokong Bantu dan kaunseling Secara Individu dan Berkelompok melalui Pembimbing  Rakan Senasib  ( PRS )

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Kumpulan Pengurusan Kes (Case Management Team)
  • Keperluan Asas – Bilik Rehat , Mesin Basuh , Tempat Mandi dll
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Kelompok Sokong Bantu – Narcotics Anonymous dan Plus Group
  • Penjagaan Asas Kesihatan
  • Kemahiran Hidup - memasak, kursus-kursus dll
  • Makanan Nutrisi (Basic Nutrition)
  • Rujukan - kebajikan, kesihatan. MMT Methadone dll