Tuesday, October 20, 2020
   
Text Size

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 

Projek Talian Hayat

TALIAN HAYAT 24/7  /  HELPLINE 24/7

  • Projek‘Hayat’adalah talian khidmat bantuan 24jam (24hrshelpline)yang memberi perkhidmatan terus tanpa syarat yang mesra pelanggan
  • Beroperasi 24jam/ 7 hari seminggu,banyak membantu dalam menangani permasalahan dadah/HiV & AIDS.

Hubungi Kami

DRUG INTERVENTION COMMUNITY MALAYSIA PAHANG
Kompleks Belia & Sukan Pahang
Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur Malaysia

Tel: 09 – 5145575
Fax : 09 – 5132829
Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Projek Pencegahan / Intervention

PROGRAM PENCEGAHAN / INTERVENSI

PENGENALAN

Isu penagihan dikalangan remaja dan belia bukan lagi fenomena baru yang hanya membebankan individu dan keluarga terlibat malah ianya mengancam keselamatan dan kesejahteraan semua pihak didalam masyarakat.

Remaja dan belia merupakan aset kepada negara dan kumpulan inilah yang bakal menerajui kepimpinan negara dimasa hadapan di pelbagai bidang dan sektor. Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius akan malapetaka gejala ini kerana ia akan mendatangkan kerugian kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan kadar segera dan berterusan. Pelbagai usaha dan langkah - langkah tegas telah dilaksanakan secara berterusan namun permasalahan dadah bukan sahaja tidak dapat dibendung akan tetapi terus melonjak dan meningkat ketahap yang amat membimbangkan. Ini dapat dilihat dengan peningkatan statistik yang drastik daripada seramai 289,686 jumlah penagih yang dikesan sehingga Disember 2005, lebih dari 60% terdiri daripada golongan belia.

Apa yang lebih menakutkan lagi, senario dadah masakini dan trend remaja hari ini yang suka berhibur dan mudah terpengaruh dengan budaya hedonisma telah merancakkan lagi aktiviti penagihan dadah dengan kemunculan pelbagai jenis dadah baru selain dadah konvensional yang menjuruskan remaja dan belia sebagai sasaran dan mangsa. Yang menghairankan kita semua sindiket pengedaran dadah terancang kini telah turut diceburi oleh golongan profesional yang sepatutnya bersama bertanggungjawab membantu menangani permasalahan dadah. Lebih memburukkan lagi, kemunculan dadah baru bukan sahaja memberi kesan buruk kepada mental dan psikologi pengguna, malah ancaman jangkitan HIV yang dikatakan sebati dengan dunia penagihan dadah amatlah membimbangkan. Maka dengan itu, pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah pada hari tidak boleh lari dari isu-isu HIV/AIDS.

Namun begitu, DiC Pahang merasakan pencegahan masih lagi kaedah terbaik bagi mengekang masalah ini daripada berleluasa bukan sahaja dari peringkat akar umbi malah juga dikalangan masa orang dewasa. Sehubungan dengan itu, lahirlah projek intervensi ini yang khusus mendidik masyarakat tentang bahaya penagihan dadah dan ancaman jangkitan virus HIV yang pada hari ini tidak boleh dipisahkan dengan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah.


MATLAMAT


‘ Ke Arah Generasi Bebas Dadah ’


OBJEKTIF

1) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah dan risiko sampingan seperti jangkitan HiV/AIDS.

2) Menanam sikap membenci dadah seterusnya mematikan keinginan kumpulan sasar terhadap punca-punca penyalahgunaan dadah.


RASIONAL

1) Masalah sosial dikalangan remaja dan belia di Malaysia adalah sangat membimbangkan. Ini dapat dilihat dengan kes-kes yang semakin berleluasa seperti buli, lumba haram, buang anak, kes bunuh juvana, seks bebas, gangsterisme, samun dan sebagainya.

2) Remaja mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang kuat. Sifat ini kadang-kala disalahgunakan untuk melakukan perkara yang salah dan akhirnya mengundang masalah kepada mereka. Oleh itu, pendidikan dan pencegahan dari awal adalah lebih baik.

3) Dadah pada ini juga banyak disalahguna oleh golongan profesional kesan dari kemunculan dadah perangsang generasi baru seperti syabu dan ecstacy.

4) DiC Pahang mempunyai tenagakerja yang boleh menjadi contoh pada masyarakat. Pengalaman atas kesilapan yang telah mereka lakukan dapat disampaikan untuk dijadikan iktibar pada orang lain.


STRATEGI PELAKSANAAN PROJEK

Projek intervensi ini berkonsepkan ‘prevention is better than cure’ melalui pendidikan sedari awal untuk golongan remaja dan kanak-kanak serta pendidikan melalui contoh pengalaman kepada golongan dewasa.


KAEDAH PELAKSANAAN

Aktiviti-aktviti projek intervensi akan diadakan disekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, syarikat swasta dan organisasi bukan kerajaan:

 

1) Ceramah

2) Pameran

3) Bengkel dan seminar

4) Forum dan dialog

5) Audio visual


PENUTUP

Masalah penagihan dadah dikalangan remaja sekolah masih lagi terkawal dinegara ini. Namun masalah sosial semakin berleluasa dan ini dapat dilihat dengan penambahan kes-kes juvana dan saban hari berita nasional sering disogok dengan permasalahan yang dibawa oleh golongan remaja. Masalah-masalah sosial ini juga menjurus kepada penagihan dadah dan akhirnya mendedahkan mereka kepada jangkitan HIV. Disamping itu juga, trend penagihan pada hari ini juga telah berleluasa dikalangan golongan profesional kesan dari kemunculan dadah-dadah perangsang seperti syabu, ecstacy dan sebagainya. Menyedari hal ini, DiC Pahang merasakan pencegahan melalui pendidikan adalah kaedah terbaik bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dunia penagihan dadah. Sehubungan dengan itu, lahirlah projek Intervensi ini yang bukan saja bertujuan membantu kerajaan tapi juga lahir atas kesedaran menyeluruh terhadap tanggungjawab untuk bersama-sama pihak-pihak yang lain menangani masalah penagihan dadah dan jangkitan HIV/AIDS.

 

 

 

   

Page 2 of 8