Projek GerakSeru / Outreach
- satu-satunya kumpulan ‘outreach’ yang memberi ruang harapan dan kekuatan serta dorongan kepada kumpulan sasar di Pahang
- memujuk dan menyeru kumpulan sasar untuk melakukan perubahan dan kembali ke pangkal jalan dengan memberi contoh teladan serta bimbingan secara langsung dan perkhidmatan yang di sediakan.
- memberi maklumat dan rujukan secara langsung kepada kumpulan sasar tentang jangkitan melalui perkongsian jarum suntikan tercemar dengan memberi penerangan dan demonstrasi cara disteril dan NSEP
- Program Temuseru pada asas nya adalah untuk memahami keperluan penagih dadah di luar institusi serta bertindak atas keperluan tersebut dalam pelbagai cara tanpa jangkaan dan prasangka dengan membawa perkhidmatan kepada mereka.
- Program Temuseru yang menyeluruh bukan saja kepada golongan sasar tetapi merangkumi keluarga yan terjejas dan juga masyarakat secara amnya.
- Program Outreach atau Temuseru telah terbukti secara saintifik dan berhasil sebagai alat yang paling berkesan dalam menangani masalah penagihan dadah kerana pekerjaTemuseru yang memahami masalah klien akan keluar berjumpa klien di lapangan mereka dengan harapan cuba dengan termampu mungkin memenuhi dan menangani segala masalah dan keperluan yang diperlukan oleh kumpulan sasar.
- Temuseru rakan senasib ( Jalanan ,Port, Pusat Pemulihan dan Penjara )
- Temuseru keluarga yang terjejas
- Temuseru masyarakat am
- Program pendidikan
- Kumpulan sokong bantu
- Penjagaan asas kesihatan
- Kaunseling dan motivasi
- Rujukan