Friday, March 29, 2024
   
Text Size

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 

Projek GerakSeru / Outreach

Projek GerakSeru / Outreach

  • satu-satunya kumpulan ‘outreach’ yang memberi ruang harapan dan kekuatan serta dorongan kepada kumpulan sasar di Pahang
  • memujuk dan menyeru kumpulan sasar untuk melakukan perubahan dan kembali ke pangkal jalan dengan memberi contoh teladan serta bimbingan secara langsung dan perkhidmatan yang di sediakan.
  • memberi maklumat dan rujukan secara langsung kepada kumpulan sasar tentang jangkitan melalui perkongsian jarum suntikan tercemar dengan memberi penerangan dan demonstrasi cara disteril dan NSEP
Kebanyakan penagih dadah yang berada di jalanan tidak mempunyai akses untuk mendapat perkhidmatan yang sedia ada atau tidak mengetahui tentang perkhidmatan tersebut. Dengan tidak wujudnya persekitaran yang menyokong serta institusi yang menyediakan bantuan serta penjagaan asas dalam menghadapi keperluan mereka, penagih dadah jalanan di lorong terdedah kepada bahaya ……….. dan ramai yang menderita dan mati.
  • Program Temuseru pada asas nya adalah untuk memahami keperluan penagih dadah di luar institusi serta bertindak atas keperluan tersebut dalam pelbagai cara tanpa jangkaan dan prasangka dengan membawa perkhidmatan kepada mereka.
  • Program Temuseru yang menyeluruh bukan saja kepada golongan sasar tetapi merangkumi keluarga yan terjejas dan juga masyarakat secara amnya.
  • Program Outreach atau Temuseru telah terbukti secara saintifik dan berhasil sebagai alat yang paling berkesan dalam menangani masalah penagihan dadah kerana pekerjaTemuseru yang memahami masalah klien akan keluar berjumpa klien di lapangan mereka dengan harapan cuba dengan termampu mungkin memenuhi dan menangani segala masalah dan keperluan yang diperlukan oleh kumpulan sasar.
Aktiviti
  1. Temuseru rakan senasib ( Jalanan ,Port, Pusat  Pemulihan dan Penjara )
  2. Temuseru keluarga yang terjejas
  3. Temuseru masyarakat am
  4. Program pendidikan
  5. Kumpulan sokong bantu
  6. Penjagaan asas kesihatan
  7. Kaunseling dan motivasi
  8. Rujukan

 

 

Persona Grata Lelaki/Male Drop-in

Persona Grata Lelaki / Pusat Singgah Masuk Lelaki / Male Drop-in Centre


STRATEGI PELAKSANAAN PROJEK SINGGAH MASUK / TEMUSERU

Projek Pusat Singgah Masuk / Temuseru  atau Outreach Drop in Centre ( ODiC ) adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan yang dikendalikan komuniti bagi menjayakan konsep masyarakat prihatin. Ianya bukan saja mampu mengembleng kuasa masyarakat dalam kebersamaan menangani masalah yang kompleks ini tetapi  kebersamaannya dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan , sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal berdasarkan kepakaran masing masing kepada Komuniti Terpinggir di negara ini telah terbukti keberhasilannya.

MATLAMAT

Meningkatkan Kualiti Kehidupan Komuniti Lelaki Terpinggir


OBJEKTIF

  • Memberi satu ruang selamat (safe space) bagi membimbing penagih dadah  dalam menjalani kehidupan normatif serta memberi perkhidmatan asas yang berkaitan dan berterusan.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat yang berterusan kepada mereka yang memerlukan bantuan berkaitan permasalahan penagihan dadah.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan Mesra Pelanggan - ‘ Client Oriented, Caring And Service Friendly to Build The Trust ’
  • Menyediakan perkhidmatan Sokong Bantu dan kaunseling Secara Individu dan Berkelompok melalui Pembimbing  Rakan Senasib  ( PRS )

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Kumpulan Pengurusan Kes (Case Management Team)
  • Keperluan Asas – Bilik Rehat , Mesin Basuh , Tempat Mandi dll
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Kelompok Sokong Bantu – Narcotics Anonymous dan Plus Group
  • Penjagaan Asas Kesihatan
  • Kemahiran Hidup - memasak, kursus-kursus dll
  • Makanan Nutrisi (Basic Nutrition)
  • Rujukan - kebajikan, kesihatan. MMT Methadone dll

 

 

 

 

   

Page 3 of 8