Saturday, November 23, 2024
   
Text Size

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 

Projek Casa Non Kasta

Casa Non Kasta

Rumah Perlindungan, Penjagaan dan Rawatan Lelaki Fasa Ke 2
(Job Therapy & Social Integration)  DIC Malaysia Pahang

Residen yang tamat rawatan primer fasa 1 dan yang layak berdasarkan pernilaian dan sokongan unit M&E Projek Casavilla untuk kemasukkan ke projek CNK.
Projek ini menjadi medan latihan bagi residen untuk mengharungi cabaran sebenar kehidupan arus perdana diluar. 
Tujuan utama adalah untuk melatih dan membimbing residen dengan pengurusan yang betul sebagai landasan untuk menjadi normal yang bertanggung jawab dan produktif.

AKTIVITI TERAS

  • Solat Berjamaah
  • House Chores
  • Skill Building
  • Support Group / RIDHA Group
  • Sukan / Rekreasi
  • Terapi Kerja/Khidmat Masyarakat
  • Karaoke / Outing / Lawatan
  • English Speaking Day
  • Kelas Fardhu Ain / Tahlil & Bacaan Yasin
  • Week End Meeting
  • Gotong Royong Mingguan
LOKASI

Projek CNK terdiri dari 2 buah fasiliti yang beralamat di:

CLUB HOUSE
JKR 500, Jalan Padang Lalang,
Kuantan, Pahang
Tel: 09-5156806 Fax: 09-5130546

RESIDENSI
E 605, Lorong Teruntum,
Jalan Wong Ah Jang,
Kuantan, Pahang

"ADDICTS DON’T CARE HOW MUCH YOU KNOW UNTIL THEY KNOW HOW MUCH  YOU CARE "
 

Projek Casa Femina

Casa Femina

Rumah Perlindungan, Penjagaan dan Rawatan untuk Penagih Dadah Wanita DiC Malaysia Pahang

  • Dibuka secara rasmi pada 1 April 2011 dengan kapasiti residen seramai 30 orang pada satu-satu masa.
  • Terletak dikawasan perumahan elit di Medan Tok Sira Kuantan, Pahang.
  • Sebuah fasiliti Rumah Perlindungan, Penjagaan dan Rawatan  untuk klien sukarela yang terdiri daripada pengguna dadah wanita yang bergelandangan (homeless) dan bekas pelatih dan banduan yang telah tamat menjalani hukuman di penjara atau pusat serenti yang tiada penempatan asas.
  • Suatu platform bagi klien mendapatkan kembali sisa sisa kehidupan yang telah hilang dan sebagai medan latihan bagi mendapatkan kembali kekuatan dan harapan untuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat.
  • Jangkamasa program adalah selama 6–9 bulan bergantung kepada komitmen dan potensi residen sebelum mereka naik ke  fasa kedua iaitu Program Terapi Kerja.
  • Mengunakan pendekatan “Multi Dimentional Approach” MANJERI (Mantapkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang berkonsepkan bantu diri dan saling membantu untuk membina jati diri dengan nilai-nilai murni yang menekankan pembangunan insan.
  • Progran dan aktiviti bertujuan membantu klien kembali dengan identiti baru, gaya/ cara hidup sihat agar terbina ketahanan diri seterusnya mengintegrasikan klien kedalam masyarakat arus perdana sebagai insan normal, produktif dan bertanggungjawab.
OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma berkaitan HIV/AIDS dengan meningkatkan akses kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Rumah Perlindungan.
Meningkatkan keyakinan dan harga diri melalui aktiviti kaunseling rakan sebaya/ sokongan dan memberi peluang kepada penghuni memperbaiki taraf kehidupannya melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.
Menyediakan satu tempat dimana klien boleh memperbaiki kualiti kehidupannya.
Menyediakan perkhidmatan utk PLHIV yang ‘homeless’.
Meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dikalangan pengguna dadah wanita yang HIV positif

RASIONAL PROJEK

Pengguna dadah wanita berisiko dijangkiti HIV kerana berkongsi jarum suntikan dan mejadi pekerja seks bagi mendapatkan wang mudah untuk membeli dadah. 
Rumah perlindungan yang khusus untuk kumpulan sasar ini adalah terhad di Negeri Malaysia khususnya dinegeri Pahang.
Statistik oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan wanita lebih mudarat dari lelaki kerana tempat untuk mereka akses kepada penjagaan kesihatan, rawatan, khidmat sokongan dan latihan kemahiran adalah terhad.
Statistik oleh Kementerian Kesihatan dari Januari ke Jun 2009 menunjukkan kadar jangkitan baru dikalangan wanita di Pahang adalah yang ke-3 tertinggi di Malaysia.
Isu stigma dan diskriminasi terhadap PLHIV wanita adalah isu yang tidak berpenghujung.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Penjagaan Asas Kesihatan
  • Menyediakan makanan berkhasiat
  • Kaunseling, psikososial dan sokongan kerohanian.
  • Persediaan klien utk rawatan HAART
  • Memantau kepatuhan klien kepada rawatan HAART.
  • Pengebumian jenazah mengikut adat dan agama simati.
  • Penjagaan berterusan melalui sistem rujukan kepada pusat perubatan/hospital
  • Pengurusan diri PLHIV
  • Latihan kemahiran hidup
  • Kumpulan sokongan
  • Mengiringi residen ke hospital dan juga klinik.

LOKASI

A-2564 JALAN TOK SIRA
TAMAN TOK SIRA
25050 KUANTAN PAHANG

NO TELEFON: 09-5661280
NO FAX: 09-5660325
EMAIL: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
   

Page 5 of 8