Thursday, November 21, 2024
   
Text Size

Perkhidmatan

Perkhidmatan

 

Persona Grata Wanita/Female Drop-in

Persona Grata Wanita / Pusat Singgah Masuk Wanita / Female Drop-in Centre


Projek Pusat Singgah Masuk / Temuseru  atau Outreach Drop in Centre ( ODiC ) adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan yang dikendalikan komuniti bagi menjayakan konsep masyarakat prihatin. Ianya bukan saja mampu mengembleng kuasa masyarakat dalam kebersamaan menangani masalah yang kompleks ini tetapi  kebersamaannya dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan , sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal berdasarkan kepakaran masing masing kepada Komuniti Terpinggir di negara ini telah terbukti keberhasilannya.

MATLAMAT
Meningkatkan Kualiti Kehidupan Komuniti Wanita Terpinggir

OBJEKTIF

  • Menyediakan fasiliti perkhidmatan bagi penjagaan, latihan, rawatan dan sokongan untuk Komuniti Terpinggir  yang tersisih.
  • Menanamkan sikap positif terhadap kehidupan dalam persekitaran yang membantu agar patuh kepada rawatan dan tidak mendatangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
  • Mengembeleng tenaga golongan sasar dalam kebersamaan untuk menangani masalah HIV/AIDS secara komprehensif.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kumpulan sasar dengan latihan dan pembinaan kapasiti ( Training and Capacity Building ) khususnya dalam bidang kemahiran Vokational dan kemahiran kemahiran yang ada pasaran ( marketable )
  • Meruntuhkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap golongan penagih dadah HIV positif melalui tanggungjawab sosial bagi menjayakan konsep masyarakat penyayang.

RASIONAL

  • Tidak ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau Agensi Kerajaan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang melaksanakan Pusat Harian Wanita dengan cara yang sistematik, berstruktur dan komprehensif.
  • Pahang merekodkan jumlah kematian akibat AIDS kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan dengan 996 kes antara 1986 hingga 2006. Kebanyakan dari mereka adalah penagih dadah yang hidup daif dan gelandangan ( homeless ), di pinggir oleh keluarga dan masyarakat, tidak mempunyai tempat bergantung dan tidak mendapat penjagaan dan rawatan yang sepatutnya.
  • Stigma dan diskriminasi masyarakat Malaysia masih lagi tinggi terhadap isu HIV/AIDS berikutan banyak media melaporkan kes pesakit HIV dipinggirkan oleh keluarga dan masyarakat setempat.

STRATEGI PELAKSANAAN

Projek Pusat Harian Wanita adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan dan kebajikan yang dilestarikan bagi menjayakan konsep masyarakat penyayang. Ianya bukan saja mampu menyatukan masyarakat tetapi menyalurkan perkhidmatan kebajikan,sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal kepada Komuniti Terpinggir di negara ini.
Bagi menyediakan khidmat kebajikan, kaunseling, sokongan dan rujukan yang berterusan kepada Komuniti Terpinggir di Malaysia, adalah penting Projek Pusat Harian Wanita ini menumpu kepada  aktiviti aktiviti saperti berikut:

1.    Pusat Singgah Masuk  -  Drop in Centre          
2.    Program Temuseru      –  Outreach  
3.    Program Lawatan Kediaman dan Hospital - Home and Hospital Visit
4.    Pasukan Urusan Jenazah Insaniah ( PUJI )


Drop in Centre – Pusat Singgah Masuk

Masalah penagihan dadah semakin meningkat bukan sahaja dari bilangan, tangkapan, rampasan dan jenis dadah tetapi juga dari keparahan kesan dan akibat nya. Ancaman HIV / AIDS yang menular di kalangan penagih memburukkan lagi isu berkaitan. Sudah menjadi keperluan untuk merawat penagih dadah dalam persekitaran mereka serta cuba mempengaruhi mereka dengan cara yang  berkesan dan dapat diteruskan dengan mengenal pasti keperluan asas mereka dengan memenuhi keperluan perkhidmatan ini tanpa  syarat.
Pusat Singgah Masuk adalah sebuah persekitaran selamat yang mengalu-alukan, tidak menghukum, mesra pelanggan dan prihatan. Tempat menjalinkan perhubungan yang berlandaskan ketulusan dan hormat serta selamat dari keganasan, gangguan dan diskriminasi. Satu tempat yang wujud kerana keperluan pelanggan  yang jelas menonjolkan pemahaman dan penerimaan seseorang
Pusat Singgah Masuk Wanita DiC Malaysia telah mengenal pasti bahawa penjagaan profesional dan berterusan dapat memenuhi keperluan ini dengan melihat keperluan menyeluruh seseorang dan memastikan semua perkhidmatan adalah bagi melayan pelanggan tersebut dan komuniti persekitaran. Pusat ini menjadi tempat berhubung dengan insan lain, tempat menerima pemahaman dan penerimaan, mewujudkan satu perhubungan dengan setiap individu dengan sifat kemanusiaan nya dan bukan penagihan dadah nya.


Aktiviti

  1. Persekitaran yang selamat.
  2. Penjagaan asas – tempat mandi, bilik tidur, mesin basuh dll.
  3. Penjagaan dan pendidikan Kesihatan – rawatan ubatan asas, SRH dsb
  4. Makanan nutirisi
  5. Kaunseling dan motivasi
  6. Kumpulan sokong bantu di kalangan Komuniti Terpinggir.
  7. Skill Building e.g Human Development, Latihan vokasional dan kemahiran hidup dll.
  8. Rujukan ke Agensi berkaitan
  9. Penyatuan semula dengan keluarga.
  10. Memastikan klien yang meninggal dunia diberi pengebumian yang sempurna
  11. Menemani klien / residen semasa temujanji hospital / klinik. (atas permintaan)
  12. Memastikan rekod klien sentiasa dikemaskini dan dipantau selain dari memastikan temujanji klien dipatuhi (kesihatan, kebajikan, perundangan dsb)

 

 

Projek Casavilla

CASAVILLA

Rumah Penjagaan dan Rawatan Bekas Penagih Dadah Lelaki  DIC Malaysia Pahang

PENGENALAN

Program ini akan berfungsi sebagai rumah penjagaan dan rawatan bagi pengguna dadah / bekas pengguna dadah HIV +ve dengan menggunakan kaedah ‘open access services’ dengan  menggunakan pendekatan ‘Multi Dimensional Approach’. 
Program ini membantu mereka melakukan perubahan ,membina dan meningkatkan taraf kehidupan serta menerapkan nilai-nilai, sikap, tingkahlaku dan pola pemikiran baru dan mengamal cara hidup sihat bagi menstruktur semula personaliti bekas penagih dadah

OBJEKTIF

Mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kepulihan dan cara kehidupan yang positif bagi bekas penagih dadah HiV+ agar mendapat ilmu pengetahuan untuk tidak menyebarkan virus HiV.
Menyediakan penempatan sementara dan kerja bagi bekas penagih dadah HiV+ yang tersisih.
Memberi satu ruang selamat bagi membimbing bekas penagih HiV+ dalam menjalani kehidupan normatif serta penjagaan kesihatan yang teratur.

MISI

MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN DAN MEMASTIKAN TAHAP KESIHATAN YANG LEBIH BAIK KEPADA RESIDEN

PENGISIAN PROGRAM

4 KERANGKA (STRUCTURES)
  1. PEMBENTUKAN SEMULA TINGKAHLAKU
  2. PENGENDALIAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
  3. PENGEMBANGAN FIKIRAN DAN KEROHANIAN
  4. KEMAHIRAN VOKASIONAL & HIDUP BERMASYARAKAT
MELALUI 5 SALURAN (PILLARS)
  1. KONSEP KEKELUARGAAN
  2. SOKONG BANTU RAKAN SEBAYA
  3. SESI TERAPI
  4. SESI AGAMA
  5. CONTOH TAULADAN
LOKASI

LOT 2/3928 BATU 5,
JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN, 
PAHANG DARUL MAKMUR, 
MALAYSIA

 

   

Page 4 of 8