Projek Casavilla
Last Updated on Saturday, 14 December 2013 14:07 Written by administrator Saturday, 02 April 2011 15:10
Rumah Penjagaan dan Rawatan Bekas Penagih Dadah Lelaki DIC Malaysia Pahang
PENGENALANProgram ini akan berfungsi sebagai rumah penjagaan dan rawatan bagi pengguna dadah / bekas pengguna dadah HIV +ve dengan menggunakan kaedah ‘open access services’ dengan menggunakan pendekatan ‘Multi Dimensional Approach’.
Program ini membantu mereka melakukan perubahan ,membina dan meningkatkan taraf kehidupan serta menerapkan nilai-nilai, sikap, tingkahlaku dan pola pemikiran baru dan mengamal cara hidup sihat bagi menstruktur semula personaliti bekas penagih dadah
OBJEKTIF
Mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kepulihan dan cara kehidupan yang positif bagi bekas penagih dadah HiV+ agar mendapat ilmu pengetahuan untuk tidak menyebarkan virus HiV.
Menyediakan penempatan sementara dan kerja bagi bekas penagih dadah HiV+ yang tersisih.
Memberi satu ruang selamat bagi membimbing bekas penagih HiV+ dalam menjalani kehidupan normatif serta penjagaan kesihatan yang teratur.
MISI
MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN DAN MEMASTIKAN TAHAP KESIHATAN YANG LEBIH BAIK KEPADA RESIDEN
PENGISIAN PROGRAM
4 KERANGKA (STRUCTURES)
- PEMBENTUKAN SEMULA TINGKAHLAKU
- PENGENDALIAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
- PENGEMBANGAN FIKIRAN DAN KEROHANIAN
- KEMAHIRAN VOKASIONAL & HIDUP BERMASYARAKAT
- KONSEP KEKELUARGAAN
- SOKONG BANTU RAKAN SEBAYA
- SESI TERAPI
- SESI AGAMA
- CONTOH TAULADAN
LOT 2/3928 BATU 5,
JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR,
MALAYSIA