Tuesday, October 20, 2020
   
Text Size

Aktiviti Berakit 2011

 

Baru-baru ini pada 8 Mac hingga 12 Mac 2011, DiC Pahang telah menyertai ‘Ekspedisi Berakit Sungai Pahang’ bersempena dengan ‘Hari Air Sedunia’.

Ekspedisi bermula pada 8 Mac 2011 dari Kampung Chenor di daerah Pekan dengan dirasmikan dengan mencemar duli ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Ekspedisi tamat pada 12 Mac 2011 di Dataran Pekan dengan acara ‘Perlancaran Hari Air Sedunia’ oleh YAB Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Abd. Razak.

Di dalam ekspedisi tersebut pasukan DiC Pahang telah memenangi ‘Anugerah Tun Teja’ berupa sebuah trofi dan medal serta wang tunai RM 1,500.00. Hadiah telah disampaikan oleh Perdana Menteri kepada En. Ab. Rahim bin Ab. Hamid selaku ketua ekspedisi pasukan DiC Pahang.