Thursday, November 21, 2024
   
Text Size

Elak Stigma Sempit

"

"Melalui program yang diatur DIC dengan kerjasama pelbagai agensi, kami cuba sampaikan mesej bahawa bekas penagih dan penghidap HIV/Aids mempunyai hak tidak sepatutnya dinafikan.

 

“Walaupun pernah terjebak dengan sejarah hitam, mereka tidak sepatutnya dipinggirkan sebaliknya beri peluang untuk turut berbakti dan menyumbang demi kepentingan bersama,” katanya.

Guganesan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kempen Derma Darah dan Hari Kesedaran Jenayah sempena Sambutan Hari Polis ke-203 anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini.

Katanya, DIC sentiasa melibatkan golongan terbabit dalam program dan kempen menangani penyalahgunaan dadah.

“Pengalaman lampau sebahagian ahli DIC boleh menjadi satu mesej menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya dadah dan HIV terutama kepada remaja.

“Ia disampaikan dalam pelbagai bentuk termasuk sepanduk, kain rentang dan risalah yang tertera mesej tertentu,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan golongan itu juga menjadi lapangan kaji selidik DIC untuk melihat penerimaan masyarakat terhadap mereka.

“Kalau dulu semua orang takut untuk mendekati bekas penagih dan pengidap HIN, namun sejak kebelakangan ini, masyarakat mula menerima kehadiran mereka,” katanya.

Guganesan berkata, penagih perlu diberi peluang untuk berubah dan usaha DIC selama ini berjaya memulihkan 100 penagih tegar di negeri ini.

“Salah satu pendekatan yang diambil termasuk melaksanakan kempen pencegahan terutama di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi melalui program seperti lepak positif dan program tautan kasih.

“Kawasan yang menunjukkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah akan dijadikan anak angkat. Masyarakat diberi pendedahan terhadap bahaya dadah dan mengurangkan stigma mereka terhadap bekas penagih,” katanya.

www.sinarharian.com.my