Persona Grata Wanita/Female Drop-in

Persona Grata Wanita / Pusat Singgah Masuk Wanita / Female Drop-in Centre


Projek Pusat Singgah Masuk / Temuseru  atau Outreach Drop in Centre ( ODiC ) adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan yang dikendalikan komuniti bagi menjayakan konsep masyarakat prihatin. Ianya bukan saja mampu mengembleng kuasa masyarakat dalam kebersamaan menangani masalah yang kompleks ini tetapi  kebersamaannya dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan , sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal berdasarkan kepakaran masing masing kepada Komuniti Terpinggir di negara ini telah terbukti keberhasilannya.

MATLAMAT
Meningkatkan Kualiti Kehidupan Komuniti Wanita Terpinggir

OBJEKTIF

RASIONAL

STRATEGI PELAKSANAAN

Projek Pusat Harian Wanita adalah satu projek yang bersifat kemasyarakatan dan kebajikan yang dilestarikan bagi menjayakan konsep masyarakat penyayang. Ianya bukan saja mampu menyatukan masyarakat tetapi menyalurkan perkhidmatan kebajikan,sosial dan penjagaan kesihatan secara formal dan tidak formal kepada Komuniti Terpinggir di negara ini.
Bagi menyediakan khidmat kebajikan, kaunseling, sokongan dan rujukan yang berterusan kepada Komuniti Terpinggir di Malaysia, adalah penting Projek Pusat Harian Wanita ini menumpu kepada  aktiviti aktiviti saperti berikut:

1.    Pusat Singgah Masuk  -  Drop in Centre          
2.    Program Temuseru      –  Outreach  
3.    Program Lawatan Kediaman dan Hospital - Home and Hospital Visit
4.    Pasukan Urusan Jenazah Insaniah ( PUJI )


Drop in Centre – Pusat Singgah Masuk

Masalah penagihan dadah semakin meningkat bukan sahaja dari bilangan, tangkapan, rampasan dan jenis dadah tetapi juga dari keparahan kesan dan akibat nya. Ancaman HIV / AIDS yang menular di kalangan penagih memburukkan lagi isu berkaitan. Sudah menjadi keperluan untuk merawat penagih dadah dalam persekitaran mereka serta cuba mempengaruhi mereka dengan cara yang  berkesan dan dapat diteruskan dengan mengenal pasti keperluan asas mereka dengan memenuhi keperluan perkhidmatan ini tanpa  syarat.
Pusat Singgah Masuk adalah sebuah persekitaran selamat yang mengalu-alukan, tidak menghukum, mesra pelanggan dan prihatan. Tempat menjalinkan perhubungan yang berlandaskan ketulusan dan hormat serta selamat dari keganasan, gangguan dan diskriminasi. Satu tempat yang wujud kerana keperluan pelanggan  yang jelas menonjolkan pemahaman dan penerimaan seseorang
Pusat Singgah Masuk Wanita DiC Malaysia telah mengenal pasti bahawa penjagaan profesional dan berterusan dapat memenuhi keperluan ini dengan melihat keperluan menyeluruh seseorang dan memastikan semua perkhidmatan adalah bagi melayan pelanggan tersebut dan komuniti persekitaran. Pusat ini menjadi tempat berhubung dengan insan lain, tempat menerima pemahaman dan penerimaan, mewujudkan satu perhubungan dengan setiap individu dengan sifat kemanusiaan nya dan bukan penagihan dadah nya.


Aktiviti

  1. Persekitaran yang selamat.
  2. Penjagaan asas – tempat mandi, bilik tidur, mesin basuh dll.
  3. Penjagaan dan pendidikan Kesihatan – rawatan ubatan asas, SRH dsb
  4. Makanan nutirisi
  5. Kaunseling dan motivasi
  6. Kumpulan sokong bantu di kalangan Komuniti Terpinggir.
  7. Skill Building e.g Human Development, Latihan vokasional dan kemahiran hidup dll.
  8. Rujukan ke Agensi berkaitan
  9. Penyatuan semula dengan keluarga.
  10. Memastikan klien yang meninggal dunia diberi pengebumian yang sempurna
  11. Menemani klien / residen semasa temujanji hospital / klinik. (atas permintaan)
  12. Memastikan rekod klien sentiasa dikemaskini dan dipantau selain dari memastikan temujanji klien dipatuhi (kesihatan, kebajikan, perundangan dsb)